|
|
comments (1)
|
Aku Masih Ingat Detik Itu......
Aku masih ingat tarikh itu..2 SEPT1981: Petang itu aku berjalan menyusuri parit di tepi jalan di Batu 15, Jalan Seremban sambil menikmati angin petang Kg. Ulu Bendol yang nyaman. Aku berhenti seketika lalu membongkok dan mencelupkan tangan dalam parit yang begitu jernih dan sejuk airnya. Maklumlah air bukit. Sawah padi yang menguning meliuk lentuk ditepi jalan itu ditiup semilir yang merentasi banjiran bukit di belakang rumahku. Tanganku memegang harmonika kesayanganku. Begitulah kebiasaannya aku menghabiskan hari-hari petang selepas waktu persekolahan. Aku suka pemandangan di situ…sungguh cantik bagiku, seorang anak kampung yang kesunyian kerana ketiadaan ibu. Ayahku telah berkahwin dengan seorang ibu tunggal kira-kira sebatu setengah dari rumahku. Alhamdulillah makcikku sangat baik orangnya. Cuma rumahnya agak jauh dari rumahku. Tiba-tiba kereta Peugot lama (atau mungkin mercedez lama) bewarna kuning berhenti ditepi jalan. Seorang lelaki kacak tinggi lampai berkaca mata terjongol dari kereta itu. Aku kenal lelaki itu. Dia menghampiri aku yang termanggu-manggu.
“Err..pemandangan di sini sungguh cantik..” kata lelaki sambil melemparkan pandangan jauh ke sawah padi yang sedang menguning dan mengalih pandangannya ke bukit yang menghijau. Aku hanya berdiam diri. “ Saya percaya kamu akan berjaya jika kamu berusaha. Kamu seorang yang berbakat” katanya lalu beredar meninggalkan aku menuju ke Kereta kuning ala kereta Batman. Aku terkulat kulat ditepi permatang sawah melihat kereta itu berlalu. Aku tahu dia dalam perjalanan ke Universiti Malaya untuk menghadiri kuliah Masternya.
Pemergiannya sememang tidak kuiring dengan pandangan kerana aku malu pada lelaki budiman yang telah masuk tahun ke dua menjadi guru kelasku. Dia bukan sahaja guru kelas malah guru kimia dan guru matematik tambahan di Sekolah Tunku Kurshiah tempat aku belajar. Lelaki itu juga yang mengusahakan agar sahabat baikku Ruzilawati Manaf dapat menduduki peperiksaan SPM dengan mendapatkan dermasiswa Negeri Sembilan Chinese Recreation Club untuk membayar yuran peperiksaannya. Begitu prihatin dan mulia hati lelaki kurus tinggi lampai bernama Chan Lik Hoong yang kami panggir Sir itu. Suatu hari dalam perjalanan pulang dari lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur, Ketua Pengawas sekolahku Lee Yee Hong tiba tiba duduk disebelahku. Yee Hong anak orang kaya yang sangat tekun belajar. Dia sentiasa mendapat kedudukan pertama dalam Kelas 5 Sains 1. Bukan saja kaya dan pandai tetapi juga berdisiplin tinggi. Tidak hairanlah dia menjadi kesayangan Mr.Chan di dalam kelas. Tambahan pula Mr.Chan tinggal di salah sebuah rumah teres dua tingkat berdekatan dengan rumah bapa Yee Hong (kalau tidak silap). Pada hari itu, pelbagai nasihat yang diberikan oleh Yee Hong yang jarang bercakap kepadaku. Aku berasa malu yang teramat sangat. Nasihatnya sama seperti kata-kata Mr.Chan. Mungkinkah Yee Hong sengaja disuruh oleh Mr. Chan untuk bercakap denganku? Sekian lama Yee Hong tidak pernah peduli kepadaku…jarang bercakap..hanya sekadar tersenyum walaupun kami sama-sama pengawas sekolah. Aku yakin, Mr. Chan yang memainkan peranan meminta Yee Hong menasihati kawan-kawan yang lain kerana mereka berdua agak rapat dan pergi ke gereja yang sama.
“Kamu berbakat..kamu pelari yang hebat..kamu juga pandai melukis..boleh bermain guitar dan pembahas sekolah….tentu kamu juga boleh belajar. Kurangkan sedikit aktiviti lain, fokus dalam kelas..saya percaya kamu boleh berjaya.. di Malaysia setakat ini sukan tidak boleh menjamin kamu berjaya pada masa akan datang…populariti pulak akan menyebabkan kamu leka pada pelajaran…” Kata-kata Yee Hong memang menyebabkan mukaku terasa panas kerana malu.
Sejak itu aku mula mengkagumi Yee Hong…tapi mampukah aku mengejar pelajaran yang selama ini kuabaikan…? Apapun , kesedaran mula tersemai meskipun peperiksaan tidak sampai sebulan sahaja lagi. Menjelang peperiksaan Mr.Chan member kami penanda buku dengan kata-kata hikmat yang khusus buat penama tanda buku tersebut.
“ Buat muridku yang nakal tetapi baik hati..saya percaya kamu akan berjaya..Cuma perlu berusaha dengan lebih gigih…..CLH.” Aku sangat gembira menerima penanda bukuku. Bulan Disember 1981, Mr.Chan dan isterinya Miss Yong membalas kad krismas yang kukirim dengan kad ucapan terima kasih.
“Terima kasih atas kad kamu. Cikgu harap kamu akan berjaya. Teruslah berusaha… With Love, Mr.& Mrs Chan.” Dari detik itu aku berjanji akan terus berusaha. Aku melalui satu persatu laluan dalam hidupku…memasuki tingkatan enam untuk tidak sampai setahun..ketika Cikgu Zainab guru geografi mengumumkan bahawa aku mendapat markah tertinggi aku teringat pada kata-kata Mr.Chan. Apabila aku mendapat keputusan cemerlang ketika di Maktab Perguruan Ilmu Khas aku teringat Mr.Chan. Begitu juga apabila aku menamatkan ijazah pertama dan sarjana. Aku juga berjanji akan menjadi seorang guru yang prihatin dan bertanggungjawab seperti Mr.Chan.Terdetik di dalam hati ini bahawa aku akan mencari Mr. Chan apabila aku mendapat Doktor Falsafahku kelak. Jika aku tidak berjumpa, akan kuiklankan di dalam surat khabar The Star. Dia terlalu baik . Dia mendidik kami dengan penuh sabar. Pernah suatu hari seorang pelajar dari sekolah Chung Hua yang baru bertukar ke sekolah itu menghempaskan buku kerana membantah pertukaran tempat duduk, namun dia masih tenang. Aku tidak akan bergelar doktor tanpa kata-kata semangat daripada seorang guru yang berhati mulia bernama Mr. Chan Lik Hoong. Aku sempat menemuinya untuk mengucapkan terima kasih. Malah dia juga pernah berkunjung ke pejabatku di Parcel E2, Kementerian Pelajaran Malaysia dan ketika aku terlantar di hospital apabila keretaku dilanggar oleh sebuah kereta yang terbabas di lebuhraya Putrajaya.
Meskipun telah 32 tahun berlalu dia masih macam dahulu. kurus, tinggi lampai dan sesegak dahulu. Aku sentiasa mendoakan agar Mr. Chan Lik Hoong , Miss Yong (panggilan buat isterinya) dan anak-anaknya bahagia selalu. Tidak terbalas oleh saya akan jasa baik cikgu. Thank You Sir! Thank You Sooooo Much Sir! (sambil angkat tabik macam yg. Mr. Chan ajar masa berlatih kawad kaki menjelang sukan sekolah suatu masa dahulu).
|
|
comments (0)
|
Aku suka berfikir….Macam- macam yang aku fikir…zaman kanak-kanakku yang indah…penuh keriangan..kenangan hari raya, tindak tanduk abang-abang dan kakak kakakku…dan macam-macam lagi. Kadang-kadang aku jadi keliru antara berfikir dan mengelamun..yang aku pasti aku berfikir ketika mengalamun..mengapa begitu, mengapa begini..macamana sekiranya… apa terjadi andainya…. Macam-macam..ada-ada saja yang hendak kufikirkan.
Tempat dan saat yang paling selesa untuk aku berfikir adalah ketika aku berenang kolam renang di tepi sebelah luar bilikku…Tika merangkak di dasar kolam yang biru aku menghitiung petak-petak tiles..kemudian dalam kebiruan air yang jernih aku mula berfikir..satu demi satu persoalan berligar di mindaku….dari soal bagaimana kapalterbang boleh terbang tinggi (kebetulan kolam renang terbuka ini membolehkan aku melihat pelbagai kapal terbang melintasi ruang udara Putrajaya..aku masih mampu mengecam kapalterbang itu milik syarikat mana kerana pesat tersebut baru sahaja hendak menongkah langit atau sudah mula bersedia untuk mendarat),bagaimana handfon berfungsi sehinggalah kepada persoalan tentang manusia sejagat…..Mungkin sememang kerjaku setiap hari berfikir…perbuatan itu seolah-olah rutin dalam hidupku sebagai seorang (kononnya) ketua researcher di pejabatku. Perkara yang bersarang di minda ku garap dengan keindahan alam yang terdapat di belakang rumahku… Dari dalam kolam aku mengapungkan diri…air sejuk yang jernih kebiru biruan bertambah sejuk apabila tubuhku terkena ulitan angit petang yang nyaman…aku mencampakkan pandangan ke tebing curam yang ditumbuhi pohon-pohon paku resam di bawah pencawang eletrik yang tidak sampai lapan meter di belakang rumah. Di lereng bukit itu aku melihat sekeluarga burung tiung tinggal di dalam lubang di tebing tersebut. Sudah lama aku tahu tentang hal itu. Kadang-kadang aku jadi risau kiranya Alvin, Natasya, Fin, Paris, Kim dan Mora (kucing-kucingku yang amat nakal itu menjumpai tempat tinggal keluarga tiung berkenaan..aku jadi risau…(Aku berfikir bagaimana hendak menyembunyikan lubang tersebut daripada pandangan mereka).. Dari dalam kolam, aku menghayati tiupan angin darat yang segar sambil memerhati riak air….begitu cantik riaknya….mengingatkan aku ketika bermain kapal kertas di sawah ketika aku kecil-kecil dahulu..kembalimengapungkan diri , aku melihat langit biru..alangkah cantiknya langit….Subhanallah….indahnya…sesekali aku menggigil kesejukan…tetapi aku terus melayan ketenangan itu sambil menghayati liuk lentok bebunga lalang di tebing bukit…tebing itu terlalu dekat dengan kolam tempat aku berenang..hanya di[isahkan oleh parit kecil, pohon ceri rending dan laman kolam yang selebart tiga depa .Cantik sungguh bunga lalang itu beralun…meliuk lentuk….kombinasi yang indah….unsur air yang sejuk dan kebiru-biruan…angin padang yang kering menundang elemen sunyi yang indah…pohon ceri yang subur merendang berbunga putih yang jatuh satu persatu ditiup angin memaparkan kelembutan..pohon paku resam yang hijau segar menyejukkan mata memandang..langit luas terbentang..dan pokok ubi tahun yang melambai-lambai diluar rumahku…kesemuanya membawa paduan aestatika yang mengasyikkan…..dan dalam keindahan itu aku terus melayan fikiran……tenteram, lembut dan penuh kewarasan…..Alhamdulillah .
|
|
comments (0)
|
4 Rabiulawal 1433: Rindu Bertandang Lagi..
Alhamdulillah syukur…aku bangun lagi dari lena yang nyenyak untuk kesekian kalinya…Begitu awal hari ini..Kusangka telah subuh kerana tatkala kuselak tirai kamar kulihat cahaya yang agak terang kelihatan memanjang dan mengarah ke atas di tengah di langit. Bentuknya seperti ekor Sirhan (srigala) mengikut imaginasiku, Kulihat jam didinding..masih terlalu awal untukku menunaikan solat subuh. “Mungkin itu yang dinamakan fajar kazib” hatiku berdetik. Setelah mengurus diri aku ke dapur..menikmati secangkir kopi pahit..kuintai lagi keluar jendela..kali ini menerusi tirai kamar di bilik bacaan di kolong rumahku. Langit menjadi gelap kembali. Sah..itulah fajar kazib atau fajar palsu. Kutolak dedaun jendela agar dapat kunikmati lembut angin pagi di pagi nirmala yang bening. Aku ingin menunggu kedatangan fajar sadiq serta menghayati kebesaran-Nya. Allahu Akhbar..Maha suci Allah….yang menghidupkan dan mematikan aku. Kopi pahit yang kuteguk terasa hangat dikerongkong ..kuhayati setiap inci peristalsis yang berlaku sambil menghumbankan pandangan jauh ke kaki langit. Sejuk pagi mengelinap ke sum sum. Halus dan mulus berbeda daripada sejuk hawa pendingin udara. Tiba-tiba telingaku menangkap bunyi sesuatu..bunyi burung tukang yang biasanya ku dengar tatkala zaman kanak-kanakku di kampung. Begitu jelas..begitu dekat rasanya…sedekat hatiku terhadap kampung halanan, rakan-rakan dan handai taulan (meskipun hakikatnya mereka jaud dari jasadku..namu mereka selalu hampir dengan denyut nadiku). Tambahan dikala diri semakin dimamah usia ini, kenangan lalu semakin kerap mengimbau..lembaran silam semakin kerap teringkap satu demi satu dan terpapar dilayar minda. Aku tidak mampu menepis..malah kenangan itu terlalu indah untuk kuhambat. Aku rindu pada keridit cengkerik rimba,gema ungka di bukit, dengung agas desir daun nyior, keriuk dahan buluh bergesel dan tiupan angin sepoi sepoi bahasa tika berada di halaman rumah pada waktu petang tanpa perlu kupanggil angin dengan laungan “kurrrrussss…kurrrusssss” (mengapa “kurrussss” aku tidak tahu..yang pasti jika dijerit jerit begitu dalam tempoh yang singkat angin pun bertiup….adakah itu nama jin si pembawa angin…?? Mungkinnnn….Wallahualam.).
Pagi nirmala ini kenanganku terhadap masa lalu semakin mendalam. Bukan pagi ini sahaja…malah semakin meningkat usiaku rindu itu semakin menjadi semakin izhar, menjadi semakin garang, menjadi semakin merah jahang..rindu itu marak..marak dalam lembut yang membakar..begitu paradoks..
Ah..betapa indahnya zaman kecilku..bersama-sama teman-teman sepermainan di Kg. Tanjung Limau Purut bersama Nora (arwah Raminor..alfatihah), Cumi, Khalid, Salleh, Iyo, Daud, Izam, Darus, Imam, Johari, Johaimi, Asri., Ahmad, Udin, Icum, Ati, Lina, Selomah, Aju, Kama, Ati, Anah dll..Berkeluyuran sekeliling kampung,meranduk sawah, berlebur di sungai, bercongklangan di batas tengah sawah yang menjadi laluan harian penduduk kampung..begitu jiballahnya anak kampung tidak teristina anak piatu bernama norzah atau lebih dikenali oleh setiap lapisan penduduk kampung sebagai adik. Ada kalanya aku ke Kg. Gedang bermain bersama Ujang, Anor, Siah, Nizar, Fadhil (Dato’
dan kakaknya Ida, udin, isham, zaki, Duan, …(dll)..main di jalan lama..mandi di ‘nak-e’ (anak air)..
Menakluki segenap penjuru kampung seumpama menakluki seantero jagatraya. Kami langsung tidak tahu duduk diam..hanya tahu istilah membaca buku tetapi tidak pernah melakukannya (kecuali terpaksa)..Saban hari aku dan teman-teman sepermaian berjongkrat jangkrit sebaik tubuh mula bergerenyet (khususnya waktu cuti panjang….paling tidak berkumpul dan merancang sesuatu atau berbual bual kosong).
Kini masa lalu hanya tinggal kenangan.. Mana hilang lubuk puyu? Mana pergi Batu Hampar dan Batu Banyak”?Apa jadi pada pohon kundang diselekoh tepi jalan? Tiada lagi budak-budak mengail sembilang,tiada lagi padi menguning..tiada lagi bunyi antan bertingkah dimusim mengemping..tiada lagi bunyi serunai padi..bunyi riuh orang keluar menorah,..lama sudah tidak mendengar bunyi kuang kuit dirimba dan jampok berbunyi diwaktu malam….yang tinggal hanya kenangan…kenangan inilah yang semakin bermaharajalela dari hari ke hari…..kerinduan yang tak terucap secara hartiah..tidak terungkap dibibir tetapi menjadi epigraf yang terpahat indah di kalbu. Semakin jauh detik itu kutinggalkan, semakin segar ingatan dijemala ini..tidak wujud definisi kedeluwarsa dalam mentafsir rindu pada zaman silam ..rindu itu sentiasa mengerenyit dalam gemarasa yang tidakterucap dan tidak tertangkis.
Ya Allah..begini kiranya putaran alam..peredaran waktu adakalanya menjadi algojo yang amat bengis, memenggal keindahan detikwaktu zaman lampau..Meskipun wujud ambivalen tika mengenang sejarah namun afliasi itulah yang mewarnai kehidupanku sehingga menjadi berjilid-jilid umpama novel Alfalailah Walailah. Sedang aku terkindap-kindap menerusi terowong waktu dan melayari nyanyian kasmaran tentang silamku yang tak akan kembali, lamunan ku terhenti oleh dering jam menandakan masuk waktu subuh.… Allahu akhbar…..begitulah roda kehidupan…
Aku perlu menemui-Nya..sujud kepada Yang Maha Agong Lagi Maha Suci…..Kuhirup tegukan terakhir kopi pahit dari cangkir putih….Syukur Alhamdulillah……aku masih bernafas hingga subuh ini…..
|
|
comments (0)
|
Bertemu KURSHIANS 8JAN 2012
Menjelang tarikh 8/1/2012 itu dadaku berdebar-debar. Tetamuku kali ini bukan setakat Mizan , Mala dan Mad (mereka yang selalu berkunjung ke teratakku)..aku akan bertemu dengan para senior dan super senior dari Kurshiah yang baru kukenal sama ada di Restoran Rebung di Bangsar atau di Mesyuarat Agong KURSHIAN di Seremban, Aku tidak pandai berbahasa..maklumlah anak piatu dari Ulu Bendol yang amat kekok dengan kehadiran tetamu...Kata Mizan aku hanya perlu masak nasi dan sediakan air sahaja..yang lain mereka buat pot luck...bermacam-macam yang bersarang dalam mindaku...takkan tergamak aku menyediakan nasi dan air sahaja....akhirnya aku membuat keputusan untuk masak gulai udang masak lemak cili api dengan nenas..adikku memanggang 4 ekor ayam...(kalau tak habis tak apa..tapi cukup ke empat ekor saja....aku tidak pandai mengagak...kami beli buah limau mandarin dua kotak....adik kata kalau tak cukup (sebab aku tidak pandai mengagak..apapun biar berlebih asal jangan kurang) dia akan memecut ke kedai berhampiran..jadi aku tidak risau.
Walaupun telefon berdering2 mengatakan kawan-kawan dalam perjalanan no. 1 sampai adalah akak Shidane Didine (Orang BPK,KPM) dan suaminya serta Kak Zaitoon Zakaria. Kesempatan itu aku gunakan untuk berkenalan..ternyata kakak senior ni baik-baik belaka...Kemudian suasana menjadi semakin meriah dengan kehadiran kawan-kawan yang lain....terasa berada di Kuala Pilah sebab semua cakap Negeri...Mizannnnnnnnnnn cepat datangggggg.......alhamdulillah..akhirnya Mizan Aiesya muncul jua....tepat sekali gelarannya sebagai Ibu Soko..Mizan memang pandai melayan tetamu..aku gabrah manjang :)...Akhirnya Datin Che Yon dll pun sampai..kak TQ sebab sampai je ke rumah koboi saya ni.....sorry rumah kami kecik je...tak mampu nak beli yang besar..Kali pertama aku bertemu dengan Laila Cahaya Malam...wajahnya seperti ustazah Zakiah Hanum , rakan sepejabat yang selalu memanggilku sebagai kekanda kerana aku tua beberapa tahun darinya...Seronoknya...ada awin ada kak Balqish.. kak NJ, Kak Sj , Angah Zaini.., Su, Datin Norsiah Selat...Rohela..Madz , Kak B, kak Yani.. dll.....(sorry kalau nama tertinggal..sebab aku begitu teruja mengingat kembali detik2 itu...nak semak dekat FB FB tak leh bukak sbb tak bawa 'beruk'band yang telah uzur itu..
Makanan melimpah ruah..ada cup cake..ada voilet cake..kuih apam , BISKUT PANJANG pun Ade...punya lah sedap menyecah..lom kira gulai orang NS...rendang pucuk ubi ada..gulai telur......(telur itik sbb mereka kata tak jumpa telo deneso)..Suasana ketika itu hiruuk pekok ..penuh gelak ketawa.....huh macam zaman sekolah dulu jugak... (jauh disudut hati aku teringat sahabat baikku Ruzilawati aka UJI dan kawan yang kini tinggal paling 'jauh" (5 minit kot) dari rumah ku..sapa lagi kalau bukan Lady Hasina Lord Hamerzah...kalau Faiz ada lagi meriah agaknya...
Walaupun makanan melimpah ruah..(sampai kak Toon lelong) tapi aku terasa perutku langsung tak lapar..Gelagat kawan-kawan membuat aku terasa kenyang....kenyang sungguh........apabila kawan beredar..(group terakhir beredar selepas maghrib) baru aku terasa teringin nak makan....(Uppppssss..aku teringat..Rozilawati Mansur... dia pun datang). Masing-masing walaupun ada yang bergelar Mak Datin langsung tidak sombong ..aku bangga mempunyai kakak-kakak senior dan kawan-kawan yang baik..Maafkan aku atas segala kekurangan.....kita akan bertemu lagi suatu ketika nanti..insyaallah.......Alhamdulillah.......... hari itu takkan ku lupa.......P/S adik RKRMK terima kasih kerana banyak membantu menjayakan Majlis Berborak tempohari ye...
|
|
comments (2)
|
Api yang panas dipadamkan oleh air yang sejuk...kita ambil ikhtibar..
Aku kagum dengan kelembutan halus tutur dan peribadi mulia lagi lembut yang terpancar dari dalam dan bukan dibuat buat. Timbul rasa sayang sesama umat meskipun aku tidak pernah mengenalinya atau mengenalinya dari kejauhan cuma (hanya aku yang kenal org tu tak kenal aku pun..contohnya Dr. Madir). Bukan harta, kedudukan atau sijil yang menjadi ukuran. Tapi kesederhanaan dan rasa rendah hati yang terpancar itulah menjadi ukuran. Aku suka kepada Tuan Guru Nik Aziz..Dr. Fatimah AzZahra…dan ramai lagi individu yang sederhana peribadinya. Dan aku jelak dengan sikap menunjuk-nunjuk bahawa dia berilmu…..mungkin aku silap..individu itu bukan hendak menunjuk-nunjuk tetapi teknik komunikasinya itu tidak bersesuaian dengan diriku. Apapun aku perlu menghormati pendiriannya…itu caranya…biarlah dia….Tapi bagaimana dapat aku membiarkan sahaja sekiranya caranya itu kulihat menyakiti perasaan orang lain….Dalam menyampaikan ilmu ini, pelbagai pendekatan boleh dilaksanakan…cara ceramah, cara berforum, cara bercerita, berbahas dan sebagainya…..pilihlah cara paling sesuai untuk menyampaikan ilmu mengikut pesonaliti pendengarnya…bagiku itu yang terbaik..Ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus dan tepung pula jangan sampai berselerak….bak kata orang putihnya..Win-Win Situation…alangkah baik kalau begitu. Umpama hendak meroboh kongkrit, carilah kelemahan pada kongkrit itu..tengok mana yang retak atau simennya berlubang..lalu kalau hendak menggunakan teknologi water jet sekali pun..tembaklah kea rah tempat yang lemah itu agar membentuk rekahan..begitu jua dalam mendidik manusia..cari dimana lemahnya..maksud lemah itu ialah tempat dimana dia alah..kalau dia kagum dengan kelembutan disitulah bermulanya pendidikan yang akan disemai…gunakanlah teknik kelembutan…itulah guru sejati..pelbagai cara dipelajari..diaplikasi…agar berlaku perubahan tingkah laku dan perubahan itulah yang dinamakan berlakunya pembelajaran. Bak kata orang tua kita…api lawannya air….renung renungkanlah adakah kata-kata itu masih relevan untuk digunakan…..jangan sampai murid lari hanya kerana teknik pengajaran yang dipilih tidak menepati..Bagi diriku..fizikalnya aku tampak brutal.. untuk mengenali hati budi anda perlu menyelam jauh disudut hati…..Kalau susu di beri..madu pula akan dibalas …tak mungkin dibalas tuba .. tapi jangan sesekali menghampiriku kalau sekadar ingin menggores hati…..Aku teringat antara baris dalam sajak Chairil Anwar...Sajak “Aku “…..Biar peluru menembus kulitku ..Aku tetap meradang menerjang ….! JANGAN SEKALI-KALI MENGHAMPIRIKU KALAU RIAK MENGUASAI DIRI (mungkin tanpa kau sedari) dan EGOMU TERLALU TINGGI...kerana aku mungkin belum mampu dan tidak mampu berdepan dengan manusia seperti itu………aku hanyalah aku yang selamba…dan sederhana..”.KAU NAMPAK ITU PINTU BESARRRR? Berambussssssss kauuuu…!!” ( kata-kata terakhir ini aku petik dari kata-kata sendaan di Radio Sinar FM ..bukan kata-kataku!)
|
|
comments (2)
|
Celoteh Dr.Psycheupp..a.k.a Dr. Norzah.............................. <- dia ni memang kuat meghapu...tok sah amik hati la ek...
Pesonaliti dan Minat
(*Tak Kose nak cerita serius-serius dan ilmiah-ilmiah....sbb Blog ini Laman Santai je......nak serius kat opis. hahaha...
)
Kita sering mengeluh kerana tidak suka melakukan sesuatu kerja yang disuruh. Malah kadang kala kita sering brdepan dengan masalah atau rasa tidak selesa dengan cara individu lain sekeliling kita bertindak /melakukan sesuatu. Keadaan ini nampak kecil sahaja dan boleh diatasi dengan mudah. Tetapi ada kalanya keadaan ini boleh "mkan dalam, babe!" * Sehubungan itu, salah satu cara mengatasi masalah ini adalah dengan memahami minat seseorang. Minat merupakan unsur yang membentuk pesonaliti seseorang. Bagi "orang lama" macam saya atau yang sewaktu dengannya, mungkin ramai yang tidak berpeluang menjalani ujian minat (Holland atau Sidek Noh) ini. Masa hendak cari kerja pakai hentam saja daaa.. janji dapat kerja...adakah minat juga diambil kira dalam mencari pasangan..(oh tidak, cinta itu buta..kata sesetengah orang). Zaman telah berubah.Kanak-kanak zaman ini telah menjalani ujian minat di sekolah sejak kecil lagi waktu di sekolah (cuma dia ingat atau tidak/ peduli atau tidak aje..nama pun budak..sbb itu ibu bapa kena tahu hal anak..tiap kali anak bercerita tentang apa dia buat di sekolah kena bagi imput sebagai peneguhan..tapi ramai tak peduli..sbb itu ada kes kanak-kanak 7-8 tahun pecah masuk 26 rumah di Putrajaya...emak abah langsung tak peduli ke?napa sampai 26 buah baru emak abah tau..iskk)..
Kalau kita jalani ujian minat tersebut kita akan dapat melihat ke arah mana minat yang menjadi pesonaliti kita... adakah R (Realistik), E (Enterprise) A (Artistik) C (conventional), I (investigatif) atau S (Sosial). Sekiranya keputusan ujian mendapati individu itu (atau kita) cenderung pada R, kerja-kerja yang sesuai dengan kita mestilah kerja yang realistik seperti jurutera, Juru bank dll. Bagi yang cenderung kepada E minatnya menjurus kepada keusahawanan . Ini bakal menjadi org koporat jika di asuh..(silap asuh jadi keparat terus huhu). NI yang selalu jual itu ini kat pejabat ni..tupperware la..kain batik la...org otak bisnez.... Bagi yang cenderung kepada A orang jenis ini adalah artistik..minat pada seni..kadang kala tidak sistematik, cara berfiki r dan perangai pun lain sikit..maklumlah orang seni.. bagi yang C/K hmmm pahaman lama sikit, payah nak berubah ni..mengekalkan tradisi...jenis ni yang selalu tak faham napalah anak dia rambut panjang la, pakai baju sendat la..(ikut peredaran zaman konon) . Anak pulak asyik cakap..mak itu style lama la..itu dulu la... bla bla bla..si emak atau si ayah pula cakap..."iskk tak fahamla bebudak sekarang ni!" bila check-check rupanya si emak atau ayah tu orang "C". Bagi yang sosial pula mesti jumpa kengkawan atau gang dia slalu..kalau tak "basi mulut dia" atau demam...dia kena jumpa kengkawan untuk berbual..tak ada kawan sesapa pun ok gak la asal leh bercakap....ni biasanya tak lekat rumah ni.
Kalau kita faham minat orang atleast kita boleh tau jawapan mengapalah sianu tu kerja bawak katalog je..jual itu ini..sampai takut nak terserempak dgn dia...napalah si anu tu perangai dia pelik na..berkurung dalam bilik..melukis..dengar bising..bilik dia tak leh di kemas nanti dia marah...napalah si anu tu OlPesen na? Benda yg moden-moden ni dia tak suka.. Anak ajak pergi Mc Donald dia tak nak..marah anak dia dengar lagu rap..lagu bercakap tah apa-apa katanya...Napalah si bapak kau tu asyik melebihkan kawan..kalau kawannye pasal apa pun dia sanggup..... hmmmmm rupanya itu pesonaliti dia... (Tapi boleh diubah...Omputih kata : There is very little differentce between people ..It is called ATTITUDE..and it makes a really big Difference..That big difference is whether it's POSITIVE or NEGATIVE!
Jika kita tahu jenis pesonaliti berdasarkan minat seseorang mudah bagi kita untuk tackle orang tersebut . Bagi kakitangan yang baru masuk kerja, mudah bagi kita menempatkan mereka ke Bahagian yang bersesuaian dengan minat kita. Jadi masalah tak minat kerja ni kurang sikit. Begitu juga masa memilih jurusan nak belajar..tak la hentam koromo je...Mak bapak nak anak jadi doktor atau akauntan..anak minat masak...haaa dapat je ijazah..nah mak abah apa yang mak abah nak, sekarang saya nak buat kerja yang saya suke pulak....iskk ada banyak kes cam tu! Bagi memilih pasangan...mungkin juga berguna untuk tackle seseorang tetapi ada hal lain yang perlu dipertimbang..kerana soal pasangan adalah soal besar..kalau setakat nak tackle je no hal..yang perempuan pula kena bersedia..jgn mudah cair kerana si jejaka memahamnya..pada hal sijejaka buat apa yang patut setelah tahu minatnya R ke A ke... jangan main hentam saja nanti rumah tangga tak kekal, kesihan anak-anak...kena faham konsep Men from Mars Women from Venus....hmmm masa bercinta semua indah belaka...maklumlah..masa proses takel menakel..girlfriend cakap boyfriend dengar..(nak kasi cair)..dah kawin mulalah suami cakap isteri KENA dengar (nak jadi isteri mithali..lagipun ikut hukum) dah lama kahwin, dua-dua bercakap jiran pulak yang dengar....hmmm memacam.......
.O.K kite sembang lagi.......baiiiiiiiiiiiiiiiiii!
|
|
comments (0)
|
Dr. Norzah mengetik kibod lagi.....
Makna Tandatangan anda...
Tandatangan (TT) juga membawa pelbagai tafsiran. Antara tafsiran tentang tanda tangan adalah seperti berikut:
These persons enjoy their life in their own way, never pay attention to others views. These are considered to be good nature but are selfish too.
These persons are very confident and are good personalities. They are a little bit selfish but believe in "Happiness of human life"
TWO DOTS BELOW THE SIGN (Dua titik di bawah TT)
These persons are considered to be Romantic, can easily change their fiances as if they change their clothes. They prefer beauty in other persons and they themselves try to look beautiful. They easily attract others.
SINGLE DOT BELOW THE SIGN (Satu titik dibawah TT)
These persons are more inclined towards classical arts, simple and are very cool. If you loose faith with them, then these persons will never look back at you. Hence its always better to be careful with these people.
These persons try to be very smart, hide each and every matter, never say nything in straight forward manner, never pay attention to the other person of what he is talking of.
These persons are considered to be intelligent but never think. These people change their ideas and views as fast as the wind changes its direction of flow. They never think whether that particular thing is right or wrong. You can win them just by flattering them.
These persons are very kind to us, have a good heart, selfless, are ready to sacrifice their life for the sake of their near and dear. But these seems to think a lot and may get angry very soon.
These persons are very kind hearted, can adjust themselves to any environment and to the person they are talking. These persons are very firm on their views and posses a lot of will power.
Terdapat juga pengkaji yang menyatakan bahawa:
*Credit: IT Acumens/ Raja K Raja Mk
Apa Faedahnya mengetahui Tandatangan orang lain?
Apabila kita tahu tandatangannya (contoh: surat panggilan temuduga) kita boleh bersedia menghadapi karenah individu tersebut.
Cuba analisis TT org yang terdekat dengan anda? Ada kemungkinan benar? Mungkin ia mungkin tidak ![]()
|
|
comments (2)
|
Dr. Norzah menulis.........
Handwriting Analysis...
Handwriting Analysis atau Analisis tulisan tangan dapat memberi gambaran tentang pesonaliti seseorang. Malah banyak syarikat besar menggunakan GRAPHOLOGY (analisis tulisan tangan) semasa membuat penilaian terhadap calon yang memohon sesuatu jawatan di syarikat tersebut. Malah analisis tulisan tangan juga turut digunakan untuk marriage compatibility, career guidance dan lain-lain. Antara aspek yang dikaji adalah:
Antara sifat-sifat yang boleh dikenalpasti adalah:
* berdasarkan kajian barat.....
|
|
comments (0)
|
Dr. Norzah:Bicara Tentang Emosi Secara Sepintas Lalu....
EMOSI merupakan satu fenomena subjektif yang mengandungi maklumat yang begitu unik. Emosi boleh mempengaruhi pengalaman sosiologi dan psikologi seseorang melalui pemikiran, perasaan & tindakan. Manakala KECERDASAN EMOSI pula merupakan “kebolehan seseorang untuk mengenal perasaan diri sendiri dan orang lain, memotivasi dan mengendalikan emosi diri sendiri dengan baik serta apabila berhubung dengan orang lain (Goleman 1995). Setiap hari kita berdepan pelbagai jenis manusia yang kadangkala amat menyakitkan hati atau mengganggu emosi kita. Adakalanya individu tersebut berkuasa atau sentiasa berada disekeliling kita..misalnya di pejabat..
Apalah daya kita untuk menghindarinya…kita tidak mampu mengubah mereka tetapi kita mampu mengubah cara kita bertindakbalas terhadap mereka dan cara kita bertindakbalas boleh mempengaruhi kualiti hidup kita.
Oleh itu kita perlu mempunyai Kecerdasan Emosi bukan sekadar IQ sahaja.Kita tentunya tidak mampu mengubah samudera bergelora..tetapi kita boleh merempuh laut dengan kapal yang kuat strukturnya…
Mungkin kita pernah bekerja dengan ketua yang langsung tidak kita sukai…sikapnya pemarah..suka mengarah..langsung tidak pandai mengambil hati pekerja..mementingkan diri sendiri..percakapannya sinis..pendek kata sakit hati kita mendengarnya..kita tidak suka berurusan dengannya…menyampah…lainlah kalau kita salah…. Biasanya boss seperti ini kurang kecerdasan emosinya…mahukah kita menjadi individu bermasalah seperti ini?
Manusia Manusia bermasalah dipejabat:
Apapun terjadi..
KAWAL EMOSI ANDA!
Pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengawal emosi anda..antaranya meningkatkan keimanan, menjaga pemakanan, menguasai teknik berkomunikasi, menggunakan teknik daya pujuk diri, menggunakan teknik pernafasan, memilih kawan, mengamalkan gaya hidup yang sihat,membuat persiapan diri, membuat kerja lebih awal agar tidak kesuntukan masa,jangan meletakkan harapan atau matlamat yang terlalu tinggi dan menjaga kesihatan. Jalani Ujian EQ..ubah diri anda dalam menangani individu bermasalah ...moga hidup menjadi lebih bermakna.....
|
|
comments (2)
|
Zaman modern ini telefon bimbit adalah satu peralatan yang amat mustahak. Jarang benar orang tak ada telefon kecualilah kalau sudah sengkek benar. Budak-budak pun ada telefon.Tapi percaya atau tidak aku tak ada telefon..sebab aku begitu forbia kat benda itu....Puncanya aku mudah terperanjat...telefon berbunyi aku terkejut telefon bergetar pun aku terkejut..rasa nak luluh jantung aku..kalau ada orang kata telefon kau berbunyi tadi, aku pun suspen gak..sapa telefon?.apa masalahnya? Itu belum kira telefon wrong number lagi....haku yang me'rongnumber'kan atau orang yang wrong number... (maksudnya aku pernahlah ada telefon) Pernah terjadi aku asyik silap number je nelefon bonda aku.....tapi nombor yang aku tersilap tu nombor yang sama..Orang lelaki Indon yang angkat..aku asyik mintak maaf je kat dia sampai dia marah..aku masih tersalah nombor , lelama dia jawab:" Kita kenalan yok!" ..ya ampunnnnn sejak itu aku begitu berhati-hati call bonda aku.....takutttttttt! Pernah juga aku dapat mesej........ "wat pe tu....? Chat? Jom kita kua tgk wyang? Aku punya mengamuk...Pastu dia hantar lagi..."Ala..ni are- mi- rule la.., Fatin.wat2 tak kenal plak.."Aku geram..aku balas..."Hey dik..sini makcik daa......bukan Fatin" pastu dia marah..." hek ele cam haku tak tau ko Fatin..abistu kalo ko bukan Fatin sapa, hantu?" Hek eleh budak kecik ni...aku karate gak kang.... so aku diam je...pastu dia asyik miss kol je...Grrrrrr..Sekali tu aku telefon budak tu dan cakap yang dia salah orang....Dia tanya aku sapa..aku cakap Auntie ni Dr. Norzah dari Klinik Putrajaya...adik dah bersunat belum, kalau belum meh klinik autie..auntie sunatkan free jek.... Sejak tu dia tak telefon dah....hmmm dasar budak sekolah rendah! Pendek kata telefon lebih banyak nyusahkan aku daripada menolong aku...Dulu dalam tefon aku ada banyak duit...adik aku masukkan pas tu bila seminggu tak ada beteri abis tarikh ke udaranya..top up lagi...sampai satu hari duit terkumpul banyak sangat ..pastu tepon tu hilang dalam simpanan...pastu tak guna fon dah..rasa bahagia pulak......tapi aku masih boleh dihubungi dgn no. rumah, pejabat atau hp adik aku (atas belas ikhsan adik)...Jadi janganlah marah aku kalau telefon aku kat hp pastu tak berjawab...sbb tefon aku ada..cuma tak penah berbeteri...adik kata tak yah la betelefon , nyusahkan dia je.....hehe aku suke tak de tefon..jadi sesapa yang kenal aku kenalah faham bahawa AKU TAK ADA HP.....
orang lama lah katakan.....ada kalanya kengkawan geram kat aku ..dia kata "bangang betul si Norzah ni, tepon pun tak tau nak guna" aku sengeh je...tapi kalau kawan yg rapat cakap aku jawab gak gaya jawapan bebudak zaman ni....."Walaupun aku bangang tak tahu guna handfon, tapi aku ade Ph.D, kau ada? Tak de kan? " huhu..aku gurau je ngan dia orang..bukan nak bangga diri....geram gak asyik kena kutuk je sbb tak guna hp. (Ada buat sample kalau mesyuarat diluar...orang keluar HP esei keluar hp gak....tapi tak do simcard....haha...jangan tidak ....ada gak la...