DUNIA Dr. NORZAH

Mengimbas Tabir Kehidupan..antara Minat,
Kerjaya, Kreativiti, Kembara,
Kognitif dan Kenangan....

Blog

SINDROM PIRIFORMIS ATAU GELINCIRAN CAKRA?

Posted on February 18, 2010 at 8:20 PM

Sindrom Piriformis (Dr. Nizar Abdul Jalil HUSM) BH14Feb2010.

SP adalh satu gejala sakit sarafpada punggung disebabkan kekejangan otot punggung iaitu otot Piriformis yang terletak pada lapisan dalam otot punggung betul-betul diatas saraf skiatik. Saraf skiatik terletak dikiri dan kanan punggung dan adalah saraf besar (sebesar ibu jari) yang berfungsi menghantar iayarat pada otot kaki di bawah lutut. Apabila kekejangan berlaku pada otot piriformis ia akan menekan secara langsung saraf skiatik dibawahnya menyebabkan berlakunya keradangan pada saraf tersebut. Sakit saraf akan berlaku dimana pesakit akan mengalami sakit mencucuk-cucuk dan kebas pada punggung dan menjalar ke kaki terutama pada belakang peha dan betis. Kadang-kadang pesakit akan menerima seakan rejatan eletrik pada kaki hingga ke tapak kaki. (Adusssss...sakitnya kaki saya!) Biasanya pesakit tidak boleh duduk lama kerana tekanan pada punggung akan menyebabkan sakit bertambah kuat (esey duduk lima minit tak tahan doh....) Pesakit berasa lebih lega jika berdiri atau berjalan. Jika keadaan kronik, akan berlaku ketidak seimbangan ketika berjalan  kerana otot punggung menjadi kecut dan lemah kerana kurang digunakan. Punca Sindrom Piriformis?

Insiden ini adalah 10 daripada 37% yang mengidap sakit belakang yang kronik. Puncanya ialah menggunakan otot piriformis yang keterlaluan dan kecederaan dalam sukan seperti lumba basikal, sukan dayung, berlari pecut bermain golf. (Saya kerja bahagian research dan dulu banyak sukan.. sian otot piriformis saya..errr lebih tepat lagi sian saya.)

Kecelaruan Diagnosis.

Kecelaruan diagnosis sering berlaku kerana gejala klinikal sindrom piriformis amat mirip kepada cakera tergelincir (slip disc). Kebolehan doktor membezakan kedua keadaan ini sangat penting kerana  sindrom Piriformis tidak memerlukan pembedahan  sebaliknya memerlukan suntikan dan senaman yang khusus. Masalah cakera tergelincir atau stenosis tulang belakang boleh dikesan melalui MRI dan selalunya memerlukan pembedahan . Kecelaruan membuat diagnosis sering berlaku kerana kedua-dua kesakitan ini amat mirip sekali. Lebih menyulitkan lagi Sindrom Piriformis dan Kegelinciran Cakera ini berlaku serent ak.          

Go to fullsize imageGo to fullsize image

Go to fullsize imageGo to fullsize image

Pengalamanku:

Kini aku sedang  mengalami masalah kedua-dua perkara ini. Sakit? Hmmm tak bleh duduk lama, lima minit je, tak boleh memandu.. dah dua bulan cuti. Tunggu untuk pembedahan. Tapi hmmm taknak aaaaa... aku takut maaaa....Buat masa ni kena rehat..jalan pakai tongkat..huhhh macam pak lurahla plak.... so semua aktiviti dikecualikan.... termasuk kenduri kendara.....harap maaf.. (5/1-28/2/2010)

Categories: SAKIT APO WOK?

Post a Comment

Oops!

Oops, you forgot something.

Oops!

The words you entered did not match the given text. Please try again.

Already a member? Sign In

8 Comments

Reply drnorzah
3:35 AM on June 5, 2012 
[Azrie Sabli...Peluang sentiasa ada untuk sembuh. Berusaha dan dan berdoa. Pergi kemana-mana klinik, minta doktor rujukkan Azrie ke hospital kerajaan yang berhampiran.
Reply drnorzah
3:26 AM on June 5, 2012 
Rosazri...saya terbaca msg rosazri yang telah dihantar pada tahun lalu..maaf kerana idak terbaca msg tersebut selama ini. Apapun saya harap ketika ini Sazri telah sembuh. Saya tidak tahu tentang pusat rawatan di kawasan rosazrl tinggal..walau bagaimanapun saya rasa rosazli boleh meminta klinik perubatan swasta merujukkan rosazli ke hospital kerajaan untuk rawatan lanjut. Atau seperti saya yang saya tulis dlm blog ini, mungkin Dr. Nizar Abdul Jalil HUSM Kubang Krian boleh membantu..
Reply Azrie sabli
4:56 AM on June 3, 2012 
saya telah menghidapi penyakit gelinciran cakera ini....sudah 7 tahun...adakah masih berpeluang untuk di pulihkan.....dan bagaimana untuk mendapatkan rawatan...tq
Reply rosazri
3:27 PM on May 26, 2011 
assalamualaikum Dr.Adakah mana2 pusat rawatan yang sama cara yang Dr praktikkan di sekitar Ipoh atau Perak atau di sebelah utara/KL?Saya mengalami slip disc L5/S1 dan terasa kejang di bahagian punggung-peha hingga sebelah kaki kanan.Apa cara terbaik utk redakan kesakitan?Nak tidur juga susah kerana sakit bila kaki di lunjurkan.TQ
Reply DrNorzah
7:58 PM on August 29, 2010 
Wslm.
Terima kasih atas respon fazrina. Saya dinasihatkan oleh Dr. yang merawat saya supaya tidak membuat sebarang kerja berat kerana dibimbangi saya akan sakit semula. setelah menjalani pembedahan, saya beransur sembuhb tetapi kaki saya yang sebelah lagi mula terasa simptom yang sama sedikit demi sedikit. Saya harap tidak melarat. Saya tidak dapat membuat penjelasan panjang lebar kerana saya merupakan dr. falsafah dan bukan dr. perubatan. Rujuklah dr. yang merawat fazrina untuk mendapat nasihatnya. Walau bagaimana pun saya doakan fazrina agar sembuh sepenuhnya. :)
Reply fazrina
1:41 AM on August 27, 2010 
salam doktor, saya pernah alami keadaan yang mirip dengan sindrom ini, itupun secara tak sengaja terbaca di dalam akhbar. alhamdulillah setelah hampir setahun buat treatment di fisioterapi, saya semakin pulih cuma kadang2 terasa sakit di kaki. sebenarnya saya sudah alami sakit kaki selama hampir 3 tahun sehinggalah kemuncaknya saya sukar untuk berdiri mahupun duduk dan tak boleh berjalan. cuma saya nak tahu, setelah sembuh adakah sindrom ini boleh berlaku semula?
Reply drnorzah
1:35 AM on April 16, 2010 
Dr. Nizar, terima kasih banyak-banyak atas respon Dr. Insyaallah saya akan berkunjung ke Kubang Krian apabila saya berupaya berbuat demikian. Saya telah bertanya surgeon tentang syndrome tersebut tetapi dia menjawab"what is that?" b Saya menjadi bingung.
Reply Dr Nizar Abd jalil
8:36 PM on March 5, 2010 
Anda boleh datang jumpa saya di HUSM, kubang kerian. Saya banyak merawat pesakit seperti anda. Kelmarin saja ada dua orang dari Langkawi dengan MRI slipped disc tapi sakit sciatica yang turun kekaki tidak match dengan slipped disc. Pesakit ini sebenarnya mengalami piriformis syndrome. Nasib baik dia tak jadi operate kat private yang kosnya diminta RM 30 000

Recent Forum Posts

No recent posts

Recent Videos

261 views - 1 comment
447 views - 1 comment